Selasa, Jun 02, 2009

Kelam carboat

Sebelum aku meneruskan entry kelam carboat ni, hamper terlupa utk aku memberitahu bahawa atokku telah pon keluar dari Hospital hamper seminggu yang lalu...hamper seminggu dan aku pn hamper terlupa utk memberitahu di sini..ada kerja.. yang harus dibereskan dan memerlukan perhatian aku..keadaan atokku stabel cuma sesuatu organ atau harta yg sgt berharga yg ada dlm diri kita tak mungkin kita perolehi kembali sekiranya ianya rosak..diri kita bukannya kereta,robot atau apa-apa ciptaan manusia..Ciptaan Tuhan adalah yg paling sempurna, seharusnya kita menghargainya..Di sinilah apa yang berlaku pada atokku..Paru-parunya sudah rosak akibat ketagihan rokok..sekarang idopnya hanya bergantung pada ubat sahaja..sama-samalah kita mendoakan kesejahteraannya termasuk mereka-mereka yg di luar sana yg sedang saket..

Berbicara tentang saket..semalam Isnin 1 Jun adalah hari yg paling sebok untuk aku..Masakan tak..bayangkan kedua-dua ibu bapa aku masuk Hospital serentak..hmm..bygkan..naseb baik la adek dan kakakku ade..kalau tidak..lagik kelam carboatlah jadiknyer..

Cerita bermula pada pagi hari Isnin tersebot mak aku haros ke Hospital utk membuat check up..masa yg sama pon ayah aku asthma yg trok sgt..kereta plak xde di rumah time tu..adek aku takde pilihan time tuh..terpakse call ambulance krn emergency yg trok sgt..ayah aku dah mengalami sesak nafas yg sgt trok..

Lebih kurang seterngah jam kmudian ambulance dtg..tros ke spital.nenooone nooo...smp spital akak ku dh tunggu di sana..tros membawa makku berjumpa doktor utk check up..manakala adekku membawa ayahku ke unit emergency..

Setelah dipereksa oleh doktor makku harus ditahan di wad..manakala ayahku juga ditahan..tetapi di tahan di ICU..Ya Allah bygkan la prasaan aku time tu..terganggu..keje plak boleh thn byk..terpakse aku tinggalkan..

Setiber di spital...aku mnjengok makku dahulu..keadaan lemah..muka pucat.x bermaya..makanan yg dihidang pn hanya dijamah 2-3 suap shj..Di ICU pula..ayahku sgt2 lemah.dier sedar..tp xmampu berbuat apa2..seperti tido..tp menyedari siapa yg dtg menjengok..setelah di pakai alat2 bantuan doktor..keadaannya agak stabel..hamper pkl 10pm baru aku pulang..akakku menjaga makku..

Hari ini..sewaktu entry ni di tulis..makku telah pn keluar dari spital.doktor mengesahkan makku mengalami stroke di bhgian kepala..myb krn masalah yg bertimpa2 dan terlalu memikirkan masalah yg menimpa..dier cuma pherlukan rileks dan tenang.. Ayahku pula telah dikeluarkan dari ICU..Kini keyadaannyer stabel..myb Insyaallah dier akan keluar..Sekurang-kurangnya sebelum kami semua plg kami tahu dier dlm keadaan baik..mampu ketawa..tersenyum..makan serta berbicara..Alhamdulillah..

Pada pembaca..Apa yg aku coretkan di sini hanyalah sebahagian dari rencah kehidupan aku..setiap manusia pasti diuji dengan setiap halangan yg berbeza-beza cuma bagaimana kita sebagai manusia menangani setiap ujian DariNya..Percayalah setiap ujian yang datang pasti ade hikmahnyer..Usaha, Doa dan Tawakkal formula kepada setiap masalah..

Akhir kata..jaga diri..hargailah setiap inci kenikmatan yg kita ada..

Jay
newizmir@gmail.com